(1)
Firman Allah Taala:
"Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang
tahajjud, sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan
akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik." (al-Isra':97)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam." (riwayat Muslim)
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana
tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan
rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu
melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas
tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar
terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk
mengerjakan tahajjud.
(2)
Definasi tahajjud: Sembahyang sunat pada waktu malam selepas tidur (Rujuk definasi ini pada kitab-kitab mazhab Syafi'i)
Hukum tahajjud: para ulamak telah ijmak mengatakannya sebagai sunat.
Dan ia pernah diwajibkan pada permulaan Islam. Bagi orang-orang yang
telah biasa melakukan tahajjud, makruh hukumnya meninggalkan tahajjud.
Waktu mengerjakan tahajjud: Selepas Isyak & selepas tidur. Dan, yang paling afdal ialah mentakhirkan sembahyang ini.
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Minhaaj al-Thalibin, makruh
mengerjakan sembahyang tahajud seluruh malam secara berterusan (Berjaga
setiap malam mengerjakan tahajud). Syeikh Muhamad al-Khatib al-Syarbini
menjelaskan perkataan al-Nawawi dengan katanya: "Makruh mengerjakan
tahajud pada waktu malam yang dapat memudaratkan. Dari itu berjaga utk
bertahajud seluruh malam setiap hari tergolong dalam kategori ini.
Alasannya ialah, sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari
& Muslim:
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Abdullah bin Amru bin al-Ash:
Tidakkah aku diberitahu bahawa engkau berpuasa disiang hari dan berdiri
(solat) diwaktu malam? Abdullah menjawab: Bahkan wahai Rasulullah.
Baginda s.a.w. bersabda: Jangan lakukan. Berpuasalah dan berbukalah.
Berdirilah (malam & bersolat) dan tidurlah. Sesungguhnya jasadmu
juga mempunyai haknya.....al-hadis."
Al-Khatib al-Syarbini menyambung lagi: "Kerana berjaga malam secara
berterusan dapat memudaratkan tubuh badan. Ia juga menyebabkan seseorang
itu tidak dapat berjaga pada waktu siang. Ini akan membuatkan maslahat
dunia dan agamanya pada waktu siang terlepas." (Al-Mughni al-Muhtaj, vol
1, halaman 228)
Dimakruhkan juga mengkhususkan malam Jumaat untuk mengerjakan
Tahajud. Maksudnya, kita mengkhususkan sembahyang tahajjud hanya pada
malam Jumaat sahaja.
Orang yang hendak bertahajud disunatkan ber'qailulah'. Iaitu tidur
sedikit sebelum tergelincir matahari. Qailulah samalah seperti sahur
untuk orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mintalah pertolongan dari qailulah untuk berdiri (solat) pada waktu malam."
Maknanya, qailulah dapat membantu untuk tahajud.
Bilangan rakaat tahajud: Sekurang-kurangnya dua rakaat dan
sebanyak-banyaknya tiada had. Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan,
sebanyak-banyaknya 12 rakaat (rujuk Fathul Mu'in, bihamish I'anah
al-Thalibin, vol 1, hal. 269)
(3)
Masalah saudara, tahajud: perlu tidur dahulu atau tidak?
Sebagaimana penjelasan di atas, bahawa definasi tahajud sahaja sudah menggambarkan ia hendaklah dikerjakan selepas tidur.
Jika begitu sudah tentu akan timbul satu persoalan lain--> Jika
saya tidak tidur (kerana sebab-sebab tertentu), bermakna saya tidak
dapat melaksanakan tahajud. Akan terlepaslah saya dari memperolehi
fadilat tahujud yang besar itu...
Penyelesaiannya begini --> Terdapat beberapa solat yang
dikategorikan di dalam 'sembahyang malam'. Iaitu sembahyang witir,
sembahyang tahajud dan sembahyang sunat mutlak waktu malam.
Sembahyang sunat mutlak waktu malam: Sembahyang sunat mutlak ialah
sembahyang yang dikerjakan tanpa sempena apa-apa. Niatnya, "sahaja aku
mengerjakan sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala."
Sembahyang ini juga tidak kurang besar fadilatnya. Saya nukilkan
lagi secara bebas tentang kelebihan dari kitab Sabilul Muhtadin, vol 2,
hal. 19, 20 & 21:
Sembahyang sunat mutlak pada waktu malam lebih afdal dari sunat mutlak waktu siang.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam."
Sabdanya lagi:
"Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat di mana tidak dapat oleh
seorang lelaki Islam yang memohon kepada Allah akan kebaikan utk urusan
dunia dan akhiratnya, melainkan akan diperkenankannya. Saat itu ada pada
setiap malam."
Maksudnya, setiap malam ada saat yang dinamakan saat ijabah. Setiap doa yang dipohon pada saat itu akan diperkenankan.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh para sahabat mengenai
sembahyang yang paling afdal selepas sembahyang fardu, baginda menjawab:
"Sembahyang pada tengah malam."
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Sembahyang yang paling Allah Taal paling suka ialah sembahyang Nabi
Allah Daud a.s., dia tidur pada separuh malam, dia bersembahyang pada
sepertiga malam dan tidur pada seperenamnya."
Sabdanya lagi:
Perintah Tuhan turun ke langit dunia pada sepertiga pada waktu tinggal
sepertiga yang akhir pada waktu malam, lalu berseru: Adakah orang yang
memohon , pasti Aku kabulkan, adakah orang yang meminta pasti Aku akan
beri dan adakah yang memohon ampun, pasti Aku akan ampuni baginya
sehingga Subuh.
Inilah antara fadilat-fadilat sembahyang malam. Fadilat ini boleh digunakan untuk fadilat tahajud.
(4)
Cara-cara mengerjakan sembahyang tahajud dan sunat mutlak malam.
Niat: Aku sembahyang sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.
Kerjakan sembahyang sebagaimana sembahyang sunat lainnya. Dan untuk
sembahyang malam ini, disunatkan memperpanjangkan berdiri dari
memperbanyakkan sujud, sabda nabi s.a.w,:
"Sebaik-baik sembahyang ialah yang memperpanjangkan berdirinya."
Memperpanjangkan berdiri ialah memperbanyakkan membaca al-Quran.
Memperbanyak sujud ialah dengan memperbanyakkan tasbih. Membaca al-Quran
lebih baik dari bertasbih.
Selepas mengerjakan sembahyang, hendaklah membaca doa di bawah ini, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Bukhari:
Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan
alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Pemancar cahaya
langit dan bumi. bagimulah segala puji. Engkaulah yang haq, janjiMu
adalah benar, pertemuanMu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu
adalah benar, nerakaMu adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Muhamad
s.a.w. adalah benar dan kiamat adalah benar. Ya Allah kepadaMulah aku
berserah diri, kepada Engkaulah kami kembali, kepada Engkaulah kami
merindu, kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan
yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan
atau yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang
terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul Alamin. Tiada daya
dan kekuatan melainkan dengan Allah.
Selepas berdoa, perbanyakkanlah mengucap istighfar, antara istighfar
yang dianjurkan serta sabit dengan hadis yang sahih ialah Saiyidul
Istighfar (Penghulu Istighfar):
Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan melainkan Engkau, yang
menjadikan kami, dan kami adalah hambaMu, dan kamipun dalam ketentuanMu
serta janjiMu sedapat yang kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu
daripada kejahatan apa yang kami lakukan, kami mengakui kenikmatan yang
telah Engkau limpahkan kepada kami dan kami juga mengakui akan dosa
kami, keran itu berikanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya tidak ada
yang memberi pengampunan kecuali Engkau.
Jumat, 06 September 2013
Diposting oleh
Unknown
di
23.04
Subscribe to:
Posting Komentar
(
Atom
)
1 komentar :
syifa join back
Posting Komentar